Malaysia Futsal Cup: Media Luar Negara Puji Axiata Arena Setanding Eropah
UltraSukan
JDT Futsal

Pemilihan Axiata Arena sebagai gelanggang final Malaysia Futsal Cup 2024 mengagumkan media asing yang membuat liputan tentang kejohanan tersebut.

Perkara ini dinyatakan portal sukan Indonesia, Galeri Futsal apabila membuat tinjauan di Axiata Arena pada 5 Oktober lalu.

Ad

Portal sukan itu menyifatkan pemilihan stadium tersebut sebagai gelanggang akhir Malaysia Futsal Cup 2024 tepat. Ini kerana ia membawa taraf kejohanan ke tahap yang lebih tinggi.

Ad

Malah, Galeri Futsal menyifatkan suasana di Axiata Arena mirip suasana final Liga Juara-Juara Futsal UEFA (UFCL).

Axiata Arena, Bukit Jalil yang akan menjadi venue final Malaysia Futsal Cup 2024. Suasananya sudah mirip venue UCL Futsal,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Beberapa peminat Indonesia turut bersetuju dengan komen Galeri Futsal. Minmin Futsal menganggap pilihan yang dibuat penganjur untuk aksi final Malaysia Futsal Cup cukup hebat.

Ad

“Amat hebat,” katanya ringkas di ruang komen Instagram. Turut senada dengan Minmin Futsal ialah seorang lagi pengguna bernama Yodi Saputra.

Ad

Yodi melihat Malaysia sentiasa memberikan yang terbaik dalam menganjurkan pelbagai kejohanan sukan. “Soal jadi penganjur, Malaysia memang hebat,” katanya.

Aksi final Malaysia Futsal Cup 2024 bakal menemukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC. Manakala juara edisi 2023, Pahang Rangers FC pula bakal berentap dengan KL City FC untuk aksi penentuan tempat ketiga.