Malaysia Hadapi Ujian ‘Keras’ Jerman & USA
UltraSukan
Malaysia Deaf FA
Advertisements

Pasukan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Deaf Tigers akan berdepan cabaran sukar Amerika Syarikat dan Jerman.

Undian semula Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia yang dijalankan di ibu negara menyaksikan skuad negara berdepan tiga pencabar hebat.

“Pengundian ini menyaksikan 19 pasukan bola sepak lelaki dibahagikan kepada 5 kumpulan. Selain itu, bola sepak wanita hanya 1 kumpulan yang mengandungi 5 negara bertanding.”

Advertisements

“Malaysia selaku tuan rumah diletakkan dalam kumpulan A bersama pasukan Jerman (Naib Juara Kejohanan Bolasepak Pekak ke 3 tahun 2016) , Mesir (Naib Juara Kejohanan Bolasepak Orang Pekak ke 2 tahun 2012) dan USA.”

Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Ong Shin Ruenn, Malaysia berada dalam Kumpulan A selain perlu menghadapi tentangan yang hebat lawan.

Advertisements

“Kami pandang dari sudut positif. Kami telah menempah venue 12 yang terdiri daripada stadium awam dan universiti yang telah lengkap,” katanya kepada Astro Arena.

Pasukan bola sepak Malaysia akan membuka tirai perlawanan pertamanya bertemu USA pada  23 September 2023 jam 8.30 malam di Stadium bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram