Advertisements
Malaysia Hampir Pasti Lawan Pasukan 50 Terbaik Dunia?
Harimau Malaya
MakanBola

Peluang untuk menyaksikan Malaysia untuk bertemu dengan pasukan kelompok 50 terbaik dunia mungkin bakal menjadi kenyataan pada bulan September nanti.

Khabar angin berkenaan lawan Harimau Malaya mula menjadi tanda tanya selepas para penyokong menyaksikan Malaysia membenam Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea dengan keputusan yang cukup besar.

Impian untuk melihat pertembungan dengan pasukan yang lebih baik semakin menjadi kenyataan apabila Malaysia sudah pun mengesahkan pertembungan dengan pasukan di tangga ke-81 dunia iaitu China.

Namun begitu, satu lagi pasukan yang menjadi lawan Malaysia bagaimanapun masih menjadi tanda tanya selepas harapan para penyokong Malaysia untuk melihat skuad negara mengasah taring dengan gergasi dunia.

Sebelum ini, pemerhati bola sepak Malaysia, Piang Shankly, beliau telah memberi bayangan bahawa Malaysia akan bertemu Mesir September ini.

Piang Shankly sekali lagi menyebut bahawa Malaysia bakal bertemu pasukan 50 terbaik dunia.

Sekiranya Malaysia berjaya meraih kemenangan dalam dua perlawanan ini, skuad kebangsaan berpeluang untuk melonjak ke tangga 133 dunia.

Perkara ini bagaimanapun masih belum disahkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sama ada ura-ura ini benar atau tidak.

Perlawanan ini juga bakal menjadi persiapan terbaik sebelum melangkah ke Piala Asia di Qatar, tahun hadapan.