Malaysia & Indonesia Cipta Kebanggaan Di Mata Asia
Asia
FA Malaysia/PSSI
Advertisements

Selepas Faisal Halim mengharumkan nama Malaysia dan ASEAN dengan memenangi anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023, giliran bintang Indonesia, Yakob Sayuri pula menuruti jejak langkahnya.

Pemain sayap kanan PSM Makassar itu mengharumkan nama Indonesia dan ASEAN dengan menggondol anugerah Bantuan Gol Terbaik Piala Asia 2023.

Pengumuman keputusan itu dibuat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi satu hantaran di platform media sosial mereka semalam.

Advertisements

Bantuan gol Yakob terhasil dalam perlawanan pertama Kumpulan D membabitkan Tim Garuda dan Iraq. Yakob bukan saja bijak memperdayakan bek kiri Singa Mesopotamia, Ali Adnan pada minit ke-37.

Malah, pemain sayap berusia 26 tahun itu berjaya melepasi dua pertahanan Iraq yang lain sebelum menghantar bola yang disudahkan Marselino Ferdinan.

Meskipun perlawanan itu berkesudahan dengan kekalahan 3-1 Indonesia di tangan Singa Mesopotamia, kemahiran yang ditampilkan Yakob memikat ramai.

Advertisements

Lantas, tidak hairanlah berdasarkan kiraan undian yang berakhir pada jam 10.00 malam, 26 Februari lalu, beliau muncul pemenang dengan undian sebanyak 52%.

Yakob mengatasi cabaran pemain Korea Selatan, Seol Young-woo di tempat kedua dengan 21%. Tempat ketiga diraih penyerang Iran dan AS Roma, Sardar Azmoun dengan 14%.

Manakala Ritsu Doan (Jepun), Ali Salleh (Emiriah Arab Bersatu (UAE)) dan Akram Afif (Qatar) masing-masing menduduki tempat keempat, kelima dan keenam.

Advertisements

Ini menjadikan rantau Asia Tenggara memiliki dua pemenang anugerah terbaik untuk Piala Asia 2023 iaitu Faisal dan Yakob.

Anugerah ini dijangka memberi mendorong pemain sayap PSM Makassar itu untuk tampil lebih cemerlang bersama Indonesia selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram