Malaysia Jadi Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia Wanita B-20
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia bakal menggalas peranan sebagai tuan rumah pusingan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026.

Ini selepas ASEAN Football melaporkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menetapkan lapan negara sebagai tuan rumah pusingan kelayakan.

Selain Malaysia, turut terpilih ialah Bhutan, China, Laos, Tajikistan, Vietnam, Uzbekistan dan Myanmar.

Malaysia pernah layak ke saingan Piala Asia Wanita B-20 sebanyak dua kali iaitu edisi 2004 dan 2006.

Sejak itu, skuad wanita negara B-20 bergelut untuk layak ke kejohanan itu. Saingan kelayakan edisi 2024 menyaksikan Malaysia gagal layak selepas mengakhiri kempen Kumpulan G di tangga terakhir kumpulan.

Cabutan undi pusingan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 bakal diadakan pada 28 April ini.

Wakil Asia Tenggara, Thailand sudah mengesahkan kelayakan ke kejohanan itu. Ini disebabkan status Negara Gajah Putih itu sebagai tuan rumah Piala Asia Wanita B-20 2026.