“Malaysia Kalah Bukan Bererti Gagal”
UltraSukan
MSN Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bangga dengan pencapaian yang dilakar skuad sepak takraw negara.

Kempen Malaysia dalam saingan Piala Asia Sepak Takraw 2025 menyaksikan skuad negara bergelar juara dalam acara kuadran dan regu.

Walau bagaimanapun, Thailand menggagalkan usaha Malaysia untuk bergelar juara dalam acara double dan regu berpasukan.

Meskipun gagal mencapai matlamat meraih empat pingat emas, Anwar tetap bangga dengan pencapaian kem sepak takraw negara.

Ini kerana barisan pemain Malaysia telah mempamerkan semangat juang yang tinggi di atas gelanggang. Justeru, Anwar percaya skuad negara akan bangkit dalam kejohanan-kejohanan berikutnya.

“Meskipun tewas, pasukan negara telah mempamerkan prestasi yang membanggakan serta menunjukkan pencapaian luar biasa dalam perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 hari ini,” katanya.

“Kekalahan hari ini bukan bererti kegagalan selamanya. Skuad regu negara pasti akan bangkit dengan lebih kuat dan padu dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.

“Terima kasih atas semangat juang yang tinggi dan usaha yang tidak mengenal penat lelah demi mengharumkan nama Malaysia.”

Tumpuan Malaysia kini beralih kepada kempen Thai King’s Cup 2025 dan Sukan SEA 2025.