Malaysia Miliki 3 Beregu Dalam Kelompok 10 Terbaik Dunia
UltraSukan
Badminton Asia
Sponsors

Tiga beregu lelaki Malaysia termasuk juara Asia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berada dalam kelompok 10 beregu terbaik dunia.

Ini berdasarkan kemas kini ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat saingan Badminton Asia Championships (BAC) 2025.

Ad

Kedudukan semasa menyaksikan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kekal sebagai beregu nombor dua dunia. Mereka hanya dipisahkan 5,000 mata dengan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Ad

Pencapaian bergelar juara Asia membolehkan Aaron-Wooi Yik menduduki ranking keempat dunia. Ini bukan saja membolehkan mereka memintas gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Malah, Aaron-Wooi Yik turut memintas satu lagi wakil China, He Jiting-Ren Xiangyu. Jiting-Xiangyu kini menghuni ranking keenam dunia.

Ad

Man Wei Chong-Tee Kai Wun terus menghuni kedudukan ketujuh dunia. Mereka hanya dipisahkan 6,000 mata dengan beregu kedua China itu.

Ad

Tiga beregu Indonesia melengkapkan senarai kelompok 10 beregu lelaki terbaik dunia. Sabar Karyaman Gutaman-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani menduduki ranking kelapan dunia.

Ad

Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dan Shohibul Fikri-Daniel Marthin masing-masing menduduki kedudukan kesembilan dan ke-10 dunia.

Dua lagi beregu Malaysia berada dalam kelompok 30 beregu lelaki terbaik dunia. Arif Junaidi-Yap Roy King dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong masing-masing menduduki tangga ke-21 dan ke-27.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments