Harimau Malaya
Advertisements

Skuad kebangsaan Malaysia kini memiliki 3 pertahanan muda kelas pertama yang semakin menonjolkan sisi kematangan setiap kali tampil beraksi.

Malah ketiga-tiga nama ini berada dalam pantauan rapi ketua jurulatih Kim Pan-gon dan telah tersenarai dalam senarai bersedia skuad kebangsaan.

1. Harith Haiqal (21 tahun)

Advertisements

Harith Haiqal semakin mendapat tempat selaku pertahanan tengah Selangor apabila telah bermain 9 perlawanan liga buat Selangor musim ini.

Harith Malaysia Malaysia Miliki 3 Pertahanan Muda Kelas Pertama

Malah pemain ini mempunyai ketajaman dihadapan gol apabila menjaringkan 3 gol liga bersama Selangor.

Pemain berusia 21 tahun ini juga merupakan antara pemain utama skuad kebangsaan bawah 23 tahun Malaysia dan nama beliau semakin hampir menembusi skuad senior Malaysia ketika ini.

Advertisements

Gaya permainan agresif dibahagian pertahanan menjadi faktor utama Tan Cheng Hoe menurunkan beliau dalam kesebelasan utama pasukan.

2. Ubaidullah Shamsul (20 tahun)

Baru sahaja membantu TFC II mendakap Piala MFL, aksi Ubaidullah dalam perlawanan akhir meraih pujian penyokong bola sepak tempatan.

Advertisements

Pemain pertahanan tengah ini dilihat turut mampu bermain selaku pemain tengah bertahan dan kekuatan fizikal beliau membantu melumpuhkan binaan serangan lawan.

Ubaidullah telah bermain sebanyak 12 perlawanan buat Terengganu musim ini dalam saingan Liga Super, Piala Malaysia dan juga Piala AFC.

Ubaidullah juga antara pertahanan tengah skuad junior Malaysia namun beliau terlepas aksi kelayakan Piala Asia apabila mengalami kecederaan tempoh hari.

Advertisements

3. Safwan Mazlan (21 tahun)

Seorang lagi pertahanan Terengganu, Safwan Mazlan juga antara bakat muda yang dinaikkan daripada TFC II musim ini.

Safwan telah bermain 16 perlawanan liga dan merupakan tunjang utama Terengganu dalam saingan Piala AFC.

Gandingan Safwan bersama Shahrul Nizam dibahagian pertahanan tengah Terengganu berjaya menampilkan aksi kebal bagi musim ini.

Selain posisi pertahanan tengah, Safwan juga mampu bermain dibahagian pertahanan kiri pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram