Malaysia Muncul Juara Dunia
UltraSukan
FIFAe

Pasukan e-sukan Malaysia terus mencuri tumpuan apabila kontinjen negara muncul juara FIFAe World Cup 2024.

Cabaran Malaysia yang diwakili Ahmad Muhaimin atau Minbappe muncul juara dengan menewaskan wakil Maghribi, AN10_Tiennes di peringkat akhir kategori eFootball Mobile.

Beliau memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 sekaligus membawa kepada kejayaan bergelar juara dunia kategori tersebut.

Ad

Kejayaan ini menyaksikan beliau menerima hadiah kemenangan berjumlah AS$20,000 (RM88,000). AN10_Tiennes pula menerima hadiah wang berjumlah AS$15,000 (RM66,000) selaku naib juara.

Ad

Minbappe sudah menunjukkan bahawa beliau bukan lawan calang-calang. Ini kerana di peringkat kumpulan FIFAe World Cup, beliau merekodkan keputusan lima kemenangan dan dua seri.

Lima kemenangan itu diraih bila menentang Turkiye, Poland, Argentina, Morocco dan Portugal. Dua lagi keputusan seri diraih bila Minbappe menentang Arab Saudi dan Thailand.

Ad
Ad

Minbappe juga menjadi satu-satunya pemain eFootball Mobile yang berjaya mara ke pusingan suku akhir tanpa sebarang kekalahan.

Beliau turut mempamerkan prestasi cemerlang dengan menyingkirkan Jepun dan India di peringkat suku akhir dan separuh akhir kejohanan itu.