Malaysia Open: Beregu Ke-26 Dunia Bakal Uji Sze Fei-Izzuddin
UltraSukan
Sponsors

Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani bakal berdepan cabaran Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard untuk aksi pusingan pertama Malaysia Open 2025.

Sze Fei-Izzuddin menutup tahun 2024 dengan cemerlang apabila muncul sebagai beregu ketiga dunia.

Ad
Sponsors

Pencapaian ini diraih selepas juara Japan Open 2024 itu mara ke pentas final World Tour Finals 2024 pada Disember lalu.

Ad

Kini, saingan Malaysia Open 2025 menyaksikan Lundgaard-Vestergaard menjadi pencabar pertama Sze Fei-Izzuddin untuk tahun 2025.

Aksi ini ditentukan menerusi senarai undian kejohanan yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) pada Selasa lalu.

Ad

Ini kali pertama kedua-dua beregu berentap di atas gelanggang. Meskipun begitu, Lundgaard-Vestergaard memiliki rekod baik ke atas beregu lelaki Malaysia.

Ad

Beregu ke-26 dunia itu pernah menewaskan gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi. Satu-satunya kekalahan mereka ialah kekalahan di tangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Ad

Bekas juara dunia 2022 itu dipaksa bekerja keras oleh Lundgaard-Vestergaard sebelum meraih kemenangan 15-21, 21-17, 21-9. Keputusan ini direkodkan dalam aksi pusingan pertama Japan Masters 2024.

Sze Fei-Izzuddin mengetuai cabaran enam beregu lelaki negara dalam saingan Malaysia Open 2025. Ini termasuk Aaron-Wooi Yik yang dijadualkan bertemu beregu Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith.

Saingan Malaysia Open 2025 bakal berlangsung di Axiata Arena bermula pada 7 Januari ini. 18 wakil negara bakal berentap untuk merebut kejuaraan pertama tahun 2025.