Malaysia Pamer Keajaiban Ikat Syria

Faisal Halim Syria Malaysia FA Malaysia Malaysia Pamer Keajaiban Ikat Syria
Nik Faris @nikfalovic
6:57pm 06/09/2023

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Syria berkesudahan dengan Malaysia berjaya mengikat lawan.

Perlawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu menyaksikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon mendapat tentangan yang cukup hebat seawal minit pertama.

Anak buah Hector Cuper tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi jaringan pemain berpengalaman, Merdek Mrdkian pada minit ke-11.

Harimau Malaya memiliki beberapa peluang menerusi Faisal Halim dan juga Paulo Josue namun gagal menembusi gawang gol Syria.

Pasukan lawan menambah jaringan kedua beberapa minit sebelum tamat babak pertama menerusi tandukan Yaasin Samia.

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya menggandakan asakan ke gawang lawan untuk merapatkan jurang.

Usaha ini membuahkan hasil apabila pemain gantian, Akhyar Rashid menjaringkan gol pertama Malaysia.

Skuad negara memperoleh beberapa peluang besar menerusi tandukan Darren Lok dan percubaan oleh Stuart Wilkin dan Faisal Halim.

Darren Lok menjadi wira Malaysia apabila meledak pada minit ke-84 untuk mengikat kedudukan semasa.

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia dan Syria terikat dengan keputusan 2-2.

China bakal menjadi lawan seterusnya buat Malaysia pada 9 September 2023 jam 7:30 malam.