Malaysia memiliki resipi tersendiri untuk mengekang amukan China.
Skuad negara pada ketika itu dibimbing oleh bekas pengendali, Kim Pan-gon beraksi cemerlang untuk mengekang lawan handalan Asia itu.
Jaringan awal pemain sayap lincah, Faisal Halim berjaya menggegar bumi China sebelum akhirnya dipadamkan oleh Lin Liang ming pada babak kedua.
Harimau Malaya yang mempertaruhkan 9 pemain tempatan dan hanya dua naturalisasi berjaya membuatkan lawan hampa sungguhpun beraksi di laman sendiri.
Nasib berbeza dialami oleh negara jiran, Indonesia yang kecundang berdepan China di Qingdao bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Harapan besar diletakkan oleh penyokong Sang Garuda selepas meraih 3 keputusan seri menentang Australia, Arab Saudi dan juga Bahrain.
Situasi itu musnah apabila dua jaringan awal memadam hasrat Indonesia untuk bangkit sekaligus tewas kali pertama pada peringkat kumpulan.
Bukan itu sahaja, pasukan Asia Tenggara lain pernah mencatatkan keputusan positif tatkala Singapura dan Thailand juga pernah mengikat lawan pada bulan Mac 2024.
Kekalahan itu juga menyaksikan Indonesia kehilangan -9.69 mata dan terkeluar dari kelompok 120 terbaik dunia.