Malaysia Pertaruh Skuad Campuran Hadapi New Zealand
MakanBola
Aima/MakanBola

Malaysia mempertaruhkan skuad campuran berdepan New Zealand bagi aksi Oktober ini.

Ketua Jurulatih, Pau Marti Vicente menyenaraikan 27 orang pemain yang ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad, 6 Oktober 2024.

Hal ini bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024.

Ad

Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah mengekalkan seramai 23 daripada 26 pemain dari skuad yang menjuarai Pestabola Merdeka 2024.

Ad

Beliau bagaimanapun kembali memanggil perancang tengah, Stuart Wilkin yang tidak bersama pasukan ketika Pestabola Merdeka 2024.

Bukan itu sahaja, terdapat tiga pemain baharu bakal bersama skuad kebangsaan iaitu penjaga gol Selangor FC, Azim Al Amin Kamaruddin serta pemain muda iaitu Haziq Aiman Mohd Esa (JDT II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor FC B-23).

Ad
Ad

Dua pemain ini dari skuad B-19 kebangsaan yang baru kembali dari Kelayakan Piala Asia B-20 2025 yang berlangsung di Tajikistan.

Ad

Nama-nama lain kekal dalam perancangan pasukan seperti Syihan Hazmi, Matthew Davies, Safawi Rasid, Dion Cools dan Arif Aiman.

Malaysia juga menyenaraikan 11 pemain dalam senarai bersedia termasuklah Brendan Gan, Zhafri Yahya, Nazmi Faiz dan Fergus Tierney.

Kem latihan pusat Harimau Malaya akan bermula pada 6 Oktober di Auckland selama satu minggu sebelum berdepan New Zealand.

Skuad kebangsaan kini menghuni tangga ke-132 dunia setelah naik dua tangga hasil kemenangan berdepan Filipina dan juga Lubnan di Pestabola Merdeka 2024.