Malaysia ‘Rantai’ Afghanistan
UltraSukan
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Skuad futsal Malaysia mempamerkan persembahan yang cukup mengujakan untuk mengikat pasukan kebangsaan Afghanistan dalam satu aksi persahabatan Tier 1.

Perlawanan yang berlangsung di Bangkok, Thailand itu menyaksikan pasukan bimbingan Rakhpol Sainetngam yang sudah beberapa hari mempersiapkan aksi terbaik beraksi dengan begitu meyakinkan.

Advertisements

Malaysia bermula garang apabila gerakan cantik untuk menembusi gawang gol Afghanistan sejak minit pertama permainan mula menampakkan hasil.

Pasukan lawan terlebih dahulu mengejutkan skuad negara apabila gerakan cantik berjaya diterjemahkan kepada gol pada minit ke-24.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan.

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila percaturan cantik skuad negara disudahkan dengan begitu tenang oleh Syahir Iqbal Khan pada minit ke-36.

Advertisements

Malaysia akan berdepan Taiwan pada Khamis sebelum turun menghadapi ujian sebenar menentang Thailand pada Sabtu.

Advertisements

News Comments Account