Malaysia Rasmi Uji Pasukan Piala Dunia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Hasrat Malaysia untuk berdepan pasukan yang beraksi di Piala Dunia akhirnya tercapai apabila salah sebuah pasukan telah menyatakan persetujuan.

Harimau Malaya kini dalam misi melakukan persiapan terbaik untuk ke Piala Asia di Qatar tahun hadapan termasuklah menguji beberapa pasukan gergasi dunia bermula September ini.

Menerusi satu kenyataan oleh FAM, anak didik Kim Pan-gon bakal berdepan cabaran pasukan ke-94 dunia iaitu Syria dan ke-80 dunia, China sebelum melangkah ke Pestabola Merdeka.

Advertisements

Pestabola Merdeka juga menyaksikan skuad kebangsaan berpeluang untuk bertarung dengan negara seperti India, Palestin dan Lubnan yang berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding Malaysia.

Perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin menyaksikan peluang penyokong setia Harimau Malaya untuk melihat pertembungan kelas pertama bakal tercapai.

Advertisements

FAM difahamkan telah mencapai persetujuan untuk merealisasikan pertembungan dengan Arab Saudi bagi satu aksi persahabatan.

“Kita memang pasti akan menentang Arab Saudi di Doha pada 3 Januari dan selepas itu kita akan terbang ke Oman untuk menentang skuad kebangsaan Oman.”

Advertisements

“Sama ada kita satu kumpulan dengan Oman atau tidak, saya berpendapat ia sesuatu yang bagus untuk kita kerana ia akan dimainkan secara tertutup.”

Hamidin juga berharap pertemuan dengan pasukan lebih hebat dapat membantu Kim Pan-gon mencari formula terbaik di Piala Asia.

Advertisements

“Inilah masanya untuk Kim Pan Gon melihat semula pasukan, tukar taktikal ataupun buat penambahbaikan,” katanya kepada Utusan pada Majlis Perasmian Liga Wanita Nasional.

Malaysia akan memulakan aksi di Piala Asia pada 15 Januari berdepan gergasi Timur Tengah, Bahrain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram