“Malaysia Rumah Saya” – Ifedayo Olusegun
Harimau Malaya
Kedah Darul Aman
Advertisements

Penyerang Kedah Darul Aman, Ifedayo Olusegun enggan memikirkan soal status naturalisasi yang sering dicanang sesetengah pihak.

Pemain kelahiran Nigeria itu menjelaskan fokusnya kini tertumpu untuk membantu pasukan baharunya dalam saingan Liga Malaysia.

Pada aksi Liga Super antara Kedah dan PDRM malam semalam, Ifedayo muncul sebagai penjaring ketika membantu Kedah menewaskan PDRM 2-0. Bekas penjaring terbanyak Liga Super ini akui sedikit gementar dalam debut dihadapan ramai penyokong pasukan Kedah.

Advertisements

“Saya sekarang fokus untuk pasukan Kedah. Jadi pemain naturalisasi atau tak, Malaysia sentiasa menjadi rumah saya. Orang Malaysia baik dengan saya dan makanan disini sedap. Saya suka makan nasi goreng kampung dan ayam goreng.”

Import berusia 32 tahun ini menzahirkan keterujaan untuk menjadi penyerang Malaysia bagaimanapun merasakan belum tiba masa yang sesuai buat beliau menyarung jersi kebangsaan.

Advertisements

“Saya memang nak bagi sesuatu untuk Harimau Malaya, tapi buat masa sekarang biar saya fokus bersama Kedah dahulu. Memang bagus menjaringkan gol buat Malaysia, tapi saya kira belum lagi masanya,” ujar Ifedayo ketika ditemu bual selepas perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram