Malaysia secara rasminya bakal berdepan Syria & China bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1, September ini.
Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Harimau Malaya akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China.
Aksi getir ini akan berlangsung pada 6 dan 9 September 2023 dengan kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.
Malaysia terlebih dahulu akan menguji kekuatan pasukan ke-94 dunia, Syria sebelum berdepan gergasi ke-80 dunia iaitu China.
Perlawanan ini sudah pasti menjadi detik penting buat Kim Pan-gon untuk memilih kesebelasan terbaik sambil memperbaiki kelemahan pasukan.
Skuad kebangsaan telah mencatat rekod bersih pada aksi persahabatan bulan Jun alabila menang besar berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.
Dua lawan bulan September ini akan menjadi ujian sebenar pasukan bagi menghadapi tentangan di Qatar, tahun hadapan.