Malaysia Tarik Diri Sertai Sukan Asia
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menghantar skuad bola sepak negara bagi menyertai Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China tahun ini.

Menerusi satu kenyataan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini telah menjelaskan keputusan itu dibuat atas sebab yang sudah pun dibincangkan.

Hal ini susulan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara kendalian E. Elavarasan perlu memberi keutamaan kepada kelayakan Piala Asia B-23 2024 pada September ini.

Ad

Katanya, selain kelayakan Piala Asia B-23, skuad E Elavarasan juga perlu memberi fokus kepada kejohanan penting termasuk Sukan seperti Piala AFF.

Ad

“Pada Mei ini mereka akan pergi ke Kemboja untuk Sukan SEA sebab acara bola sepak akan bermula terlebih dahulu. Satu lagi kejohanan penting adalah kelayakan Piala Asia B-23 pada September.”

Perkara ini juga sudah dimaklumkan oleh Asean Football, Susulan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada hari Selasa, 20 Jun 2023, pihaknya mengesahkan bahawa pasikan bola sepak (lelaki dan wanita) tidak akan menghadiri Sukan Asia ke-19.

Ad
Ad

Skuad muda Malaysia bagaimanapun terpaksa menelan hakikat apabila pulang awal dari Sukan SEA setelah tewas dua aksi menentang Thailand dan Vietnam.

Ad

Kini, fokus skuad muda negara terarah kepada kejohanan Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun yang berlangsung di Thailand.

Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Thailand, Filipina dan juga Bangladesh.l dengan 16 pasukan akan layak beraksi di kejohanan akhir di Qatar.