Malaysia mempamerkan aksi garang namun akur tunduk tipis kepada skuad muda China.
Aksi CFA Team China International Friendly Competition 2024 ini menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari kemenangan.
Aksi babak pertama berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk mendapatkan jaringan awal.
Skuad muda negara bagaimanapun berjaya disekat dengan baik oleh lawan dengan beberapa peluang berjaya dipatahkan oleh lawan.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, anak buah Shukor Adan kembali dengan corak hantaran pendek dan serangan balas pantas menerusi bahagian sisi padang.
China B-21 mula melakukan beberapa pertukaran menjelang baki 20 minit permainan namun buntu untuk mendapatkan jaringan.
Hantaran lintang tonggak China berjaya ditanduk masuk oleh kapten pasukan untuk gol kemenangan pada minit ke-88.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Aksi tamat dengan China B-21 mengatasi Malaysia B-19 dengan jaringan 1-0.
Sebelum ini, skuad Malaysia B-19 tunduk di tangan Uzbekistan B-21 dengan keputusan 2-0.
Aksi terakhir bakal melibatkan pertembungan skuad muda negara berdepan Vietnam B-21 pada Selasa, 10 Sept. 2024, jam 7.35 malam.