Malaysia & Thailand Dihimpit Ujian Sama Saat Akhir
Asia Tenggara
AzriMakanBola/Changsuek
Advertisements

Perjuangan dua pasukan Asia Tenggara, Malaysia dan Thailand dihimpit dengan ujian yang sama saat akhir di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi aksi terakhir menentang Chinese Taipei sementara Thailand melayan kunjungan Singapura.

Persiapan kedua-dua pasukan berlangsung lebih kurang sama dengan beberapa tonggak terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Advertisements

Harimau Malaya merekodkan keputusan seri 1-1 berdepan pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan sementara Thailand berjaya mengikat China dengan jaringan sama.

Kejayaan itu bagaimanapun memberi tamparan besar kepada skuad Gajah Perang apabila kehilangan khidmat tonggak penting, Patiwat Khammai yang juga merupakan penjaga gawang utama Thailand.

Advertisements

Beliau beraksi cemerlang ketika menentang China sebelum terpaksa diusung keluar pada minit ke-79 akibat kecederaan.

Situasi ini sama dengan kem Harimau Malaya apabila kehilangan penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi akibat kecederaan.

Advertisements

Peranan gawang negara digalas oleh Azri Ghani manakala Thailand memberi kepercayaan kepada Saranon Anuin untuk meneruskan permainan.

Dua pasukan ini dalam misi untuk memungut mata penting bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga kejohanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram