Asia Tenggara
Advertisements

Chonburi: Malaysia dan Thailand mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun selepas seri 1-1 pada perlawanan terakhir kumpulan B.

Malaysia akan menentang pasukan tempat kedua kumpulan A, Vietnam pada Rabu ini manakala Thailand akan berhadapan juara kumpulan B, Indonesia.

Keputusan ini juga membantutkan hasrat Australia untuk mara ke separuh akhir walaupun berjaya menewaskan Brunei 4-0. Malaysia dan Thailand berkongsi 11 mata manakala Australia dengan 10 mata.

Advertisements

Laos di tempat ke-4 dengan 7 mata manakala Kemboja & Brunei di tempat ke-5 dan 6.

australia vs brunei Malaysia & Thailand Ke Separuh Akhir
Australia benam Brunei 4-0. Photo FA Thailand

Ketua jurulatih Malaysia, P. Maniam berpuas hati dengan keputusan perlawanan menentang Thailand.

“Para pemain bekerja dengan keras. Keinginan mereka kekal kuat walaupun Thailand menguasai perlawanan separuh masa pertama. Kami bermain baik pada separuh masa ke-2 dan mengubah rentak perlawanan.”

Advertisements

“Ianya belum tamat dan kini kami perlu fokus untuk perlawanan separuh akhir.” Jelas P Maniam yang bakal menurunkan skuad terkuatnya menentang Vietnam.

Foto FA Thailand

Thailand mendahului perlawanan pada minit ke-18 melalui jaringan Pornsawan Sankla akan tetapi gol sendiri Sittha Boonlha pada babak terakhir permainan membantu Malaysia kekal ditangga teratas kumpulan B.

https://www.youtube.com/watch?v=DMpNihxziig
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram