Advertisement
Malaysia Turut Siarkan Siaran Langsung Bahrain vs Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
Timnas Indonesia

Malaysia turut menyiarkan siaran langsung melibatkan pertembungan antara Bahrain vs Indonesia.

Skuad kendalian Shin Tae-yong berjuang hebat untuk merebut slot ke pentas Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 setelah mengharungi dua aksi awak dengan cemerlang.

Sang Garuda berjaya mengikat Arab Saudi dengan keputusan 1-1 sebelum meraih satu mata penting menentang Australia di laman sendiri.

Aksi ketiga menyaksikan Indonesia bakal berdepan satu lagi ujian sukar menentang pasukan ke-76 dunia iaitu Bahrain.

Pasukan kendalian Dragan Talajic bermula baik apabila menundukkan Australia dengan keputusan 1-0 namun dibelasah Jepun dengan jaringan 5-0 tempoh hari.

Malaysia menerusi Astro memberikan sokongan padu kepada saudara serumpun apabila menyiarkan aksi antara dua pasukan itu yang dibawakan khas dari Bahrain.

Perlawanan yang berlangsung pada jam 12 pagi waktu tempatan itu boleh ditonton melalui saluran Astro Arena Bola dan juga Astro Arena HD.

Dakwaan tentang siaran langsung aksi Bahrain menentang Indonesia tidak disiarkan di Malaysia adalah tidak benar.

Indonesia berpeluang untuk melonjak 7 tangga dan berada pada kedudukan ke-122 dunia sekiranya melakar kemenangan berdepan Bahrain malam ini.