Malaysia layak ke perlawanan akhir Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun selepas menewaskan Vietnam 3-1 di Thailand.
Vietnam berjaya menjaringkan gol awal menerusi Pham Van Phong pada minit ke-9. Malaysia berjaya menyamakan kedudukan Muhammad Nabil Qayyum 5 minit kemudian.
Nabil sekali lagi berjaya mengkucar kacirkan pertahan Vietnam menerusi jaringannya sejurus babak masa kedua bermula.
Malaysia menguasai hampir keseluruhan permainan dan berjaya menjarakkan kedudukan menerusi jaringan cantik Muhammad Am Izwan Yusian pada minit ke-78.
Malaysia mara ke final dan akan bertemu samada Indonesia atau Thailand.