Malaysia vs Nepal, Prestasi Semasa, Ranking FIFA & Jangkaan Keputusan Perlawanan
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Aksi pertama Kumpulan F antara Malaysia vs Nepal melibatkan beberapa perkara penting yang menjadi tumpuan.

Perlawanan ini menjadi ujian pertama buat anak buah Peter Cklamovski yang baru sahaja dilantik mengemudi Harimau Malaya pada tahun 2025.

Ad

Jurulatiu berusia 46 tahun ini tiba dari kelab Jepun, FC Tokyo dan bakal bertemu dengan rakan senegara, Matt Ross yang kini mengendalikan pasukan kebangsaan Nepal.

Ad

Berdasarkan kedudukan ranking FIFA, Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-132 dunia dengan 1115.51 mata manakala Nepal di tangga 175 dunia dengan 939 mata.

Prestasi semasa memihak kepada pasukan pelawat apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Singapura pada aksi persahabatan baru-baru ini.

Ad

Malaysia pula tidak mengharungi sebarang aksi persahabatan sungguhpun telah memulakan kem latihan pusat sejak 17 Mac lalu di Johor Bharu.

Ad

Harimau Malaya hanya merekodkan satu kemenangan dalam 5 aksi terakhir iaitu ketika menewaskan Timor Leste pada aksi ASEAN Championship, Disember 2024.

Ad

Nepal pula merekodkan dua kemenangan daripada 5 aksi terakhir sekaligus menjanjikan aksi sengit antara dua pasukan.

Berdasarkan prestasi di atas kertas, Harimau Malaya dijangka tidak berdepan masalah untuk mencetak jaringan selepas merekodkan 6 gol dalam 4 aksi terakhir.

Malaysia dijangka mampu mengatasi Nepal dengan keputusan 3-1 dengan menggunakan kelebihan di laman sendiri untuk meraih kemenangan pertama di bawah era Cklamovski.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments