Ads
Man United Buru Khidmat Pemenang Piala Dunia 2022
Transfer
AFA

Manchester United kini menunjukkan minat terhadap khidmat pemain Argentina yang membantu negaranya merangkul Piala Dunia 2022 di Qatar dua tahun lalu.

Advertisements

Masa depan Paulo Dybala yang merupakan pemain tengah menyerang bersama pasukan AS Roma masih samar walaupun pemain tersebut masih berbaki kontrak selama setahun lagi.

Advertisements

Dybala dilaporkan mahu memperbaharui kontrak bersama AS Roma memandangkan pemain Argentina tersebut menjadi pemain penting pasukan pada musim lalu apabila merekodkan 13 gol serta 9 bantuan jaringan dalam saingan Serie A.

Advertisements
Advertisements

AS Roma dan Dybala masih belum memuktamadkan perbincangan tersebut sekaligus memberi peluang buat Man United untuk mendapatkan khidmat Dybala menerusi klausa khas dengan tanda harga RM60.65 juta (€12 juta).

Menurut laporan ESPN, klausa tersebut bakal diaktifkan bermula bulan Julai ini dan Man United bersedia memenuhi tanda harga tersebut.

Advertisements

Dybala sebelum ini pernah dikaitkan perpindahan ke Manchester United tetapi pemain Argentina tersebut memilih untuk menyertai Juventus lima tahun yang lalu.

Paulo Dybala hanya bermain tiga perlawanan sepanjang Piala Dunia 2022 edisi Qatar sebagai pemain gantian namun jaringan penting Dybala dalam penentuan sepakan penalti menentang Perancis berjaya membantu Argentina merangkul Piala Dunia buat kali ketiga.

Advertisements

United ketika ini turut menunjukkan minat terhadap pemain tengah PSG, Manuel Ugarte selain khidmat pemain pertahanan Everton, Jarrad Branthwaite.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram