Man United Buru Pertahanan Everton Bernilai RM448 Juta
EPL
Everton
Advertisements

Pasukan gergasi England, Manchester United kini sedang memburu pertahanan muda Everton, Jarrad Branthwaite sebagai sasaran utama perpindahan musim panas akan datang. 

Perkara ini dikongsikan oleh Skysport yang memaklumkan bahwa The Red Devils dalam fasa untuk mencari pemain muda yang berpotensi mengemudi barisan pertahanan.

Menurut laporan, dianggarkan Manchester United menyediakan bidaan bernilai RM448 juta terhadap pemain muda berusia 21 tahun itu.

Advertisements

Manchester United difahamkan mahu memperkuatkan barisan pertahanan pasukan kerana terdapat ura-ura bahwa masa depan dua pemain lama iaitu Raphael Varane dan Harry Maguire masih samar. 

Untuk rekod, pemain berketinggian 1.95 m itu telah membuat penampilan bersama Everton sebanyak 25 perlawanan serta mencatatkan dua jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Beliau juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan England bawah 21 tahun. Pengalamannya dalam Liga serta negara sangat menarik minat jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram