Man United Catat 27 Peratus Penguasaan Bola Berdepan Pasukan Corot EPL
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Biarpun berjaya meraih kemenangan ke atas Burnley pada Sabtu lepas, Man United hanya meraih 27% penguasaan bola dalam perlawanan tersebut.

Peratusan ini dikongsikan oleh BR Football selepas perlawanan semalam. Sementara The Clarets pula memiliki penguasaan bola sebanyak 73%.

Ad

Dari satu segi, peratusan penguasaan bola ini sudah dijangka memandangkan falsafah pengurus Burnley, Vincent Kompany mementingkan penguasaan bola.

Ad

Resepi ini digunakan oleh bos lamanya di Manchester City, Pep Guardiola dan cuba ditiru beliau di Turf Moor. Disebabkan resepi ini, United pada awalnya bergelut.

Begitupun, bahagian tengah The Red Devils terdiri daripada Casemiro, Scott McTominay dan Hannibal Mejbri memastikan bahagian pertahanan mereka dilindungi.

Ad

Peratusan penguasaan bola ini turut mendedahkan satu hakikat pahit: gol jadi penentu keputusan perlawanan. Walaupun penguasaan bola United tidak banyak berbanding Burnley, sekurang-kurangnya mereka memanfaatkan peluang di depan gol.

Ad

Itu yang dilakukan Bruno Fernandes pada minit ke-45. Sementara The Clarets pula gagal memanfaatkan empat percubaan tepat ke arah gol seperti yang direkodkan Sofascore.

Ad

Ini sesuatu yang perlu ditangani Kompany dengan segera sekiranya mahu Burnley kekal dalam EPL musim ini.