Man United Hilang Khidmat Leny Yoro
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United menerima tamparan hebat apabila Leny Yoro terpaksa berehat lama akibat kecederaan.

Yoro merupakan pemain terbaru yang beraksi di Old Trafford selepas memuktamadkan perpindahan dari kelab Ligue 1, Lille dengan yuran perpindahan £58.9 juta (RM344 juta).

Ad

Selepas menunjukkan persembahan baik dalam aksi persahabatan menentang Glasgow Rangers, bek tengah berusia 18 tahun itu ditimpa malang semasa aksi menentang Arsenal.

Ad

Yoro dikeluarkan pada minit ke-35 dan digantikan dengan bek tengah muda, Rhys Bennett. Bek tengah muda itu kemudiannya dilihat memakai but pelindung dan memakai tongkat semasa berjalan.

Ini meresahkan ramai penyokong United terutama menjelang saingan liga yang bermula tidak lama lagi. Dan kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila Yoro disahkan perlu berehat selama tiga bulan kerana kecederaan kaki.

Ad

Selain Yoro, penyerang Denmark, Rasmus Hojlund juga terpaksa berehat selama enam minggu kerana kecederaan hamstring.

Ad

Situasi ini tidak dibantu apabila dua lagi pemain United terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dalam aksi persahabatan menentang Real Betis. Dua pemain tersebut ialah Marcus Rashford dan Antony.

Ad

Situasi ini bakal mendorong pengurus United, Erik ten Hag dan pengarah sukan, Dan Ashworth untuk membawa masuk pemain baru sebagai sokongan di bahagian serangan dan pertahanan.

Dua pemain yang dilaporkan dalam radar The Red Devils ialah penyerang Brentford, Ivan Toney dan bek tengah Bayern Munich, Mathijs de Ligt.

Walau bagaimanapun, United perlu menjual beberapa pemain untuk membiayai proses perpindahan seterusnya. Selain Yoro, kelab itu turut mendapatkan penyerang Bologna, Joshua Zirkzee.