Man United Lunas Dendam, Belasah Liverpool U18 Tanpa Belas Kasihan
EPL
Manchester United
Advertisements

Skuad Man United Bawah 18 Tahun (B-18) melunaskan dendam skuad senior dengan membelasah Liverpool 9-1 dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) B-18 hari ini.

United perlu menang bagi memperkukuh kedudukan sebagai pendahulu EPL B-18 Bahagian Utara.

Sementara Liverpool pula perlu menang untuk memintas pasukan di tangga ketiga, Wolverhampton Wanderers.

Advertisements

Skuad muda The Red Devils tidak menunggu lama untuk mendahului dengan gol seawal minit pertama menerusi James Robert Scanlon.

Penyerang muda berdarah Malaysia, Ethan Wheatley kemudiannya menggandakan kelebihan United dengan dua gol pada minit ke-12 dan ke-15.

Ethan Williams menambah kelebihan United dengan gol keempat pada minit ke-25. Liverpool merapatkan jurang menerusi Joseph Bradshaw pada minit ke-32.

Advertisements

Skuad muda The Red Devils terus berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 4-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, barisan serangan United terus memberi tekanan ke atas kubu pertahanan The Reds.

Wheatley mencipta hatrik dengan meledakkan gol kelima pada minit ke-57. Scanlon menambah derita Liverpool dengan gol keenam lima minit selepas itu.

Advertisements

Liverpool membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat mengelakkan gawang mereka dibolosi lagi.

Malangnya, itu tidak berlaku. Sebaliknya, Gabriele Biancheri menyumbat dua gol pada minit ke-69 dan 83.

Ashton Missin memastikan skuad muda The Red Devils pulang ceria dengan gol kesembilan pada minit ke-88. Keputusan 9-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Kemenangan ini memastikan United kekal mendahului EPL B-18 Bahagian Utara dengan 50 mata. Sementara Liverpool pula kekal di tangga keempat dengan 28 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram