Man United Mahu Singkirkan 10 Pemain
Transfer
MakanBola
Manchester United
Advertisements

Sekiranya pengambilalihan saham minoriti Man United oleh Sir Jim Ratcliffe berjalan lancar, 10 pemain dijangka meninggalkan Old Trafford.

Akhbar Manchester Evening News melaporkan langkah ini terpaksa diambil bagi membolehkan mereka mematuhi peraturan kewangan Fair Play EPL.

Advertisements

Sebelum ini, 14 pemain telah meninggalkan The Red Devils sama ada secara percuma atau perpindahan tetap.

Antara pemain yang dilepaskan pengurus Erik ten Hag pada musim panas lepas ialah pemain tengah Brazil, Fred, penjaga gol Sepanyol, David de Gea dan bek kiri Brazil, Alex Telles.

Advertisements

Bagaimanapun, ramai menjangkakan angka pemain yang akan dilepaskan United berpotensi melepasi 15 pemain sekiranya pengambilalihan saham minoriti Ratcliffe dimuktamadkan.

Pemain-pemain yang didakwa berpotensi meninggalkan Old Trafford ialah Anthony Martial, Antony, Donny van der Beek, Scott McTominay, Tom Heaton, Mason Greenwood, Christian Eriksen dan Casemiro.

Sofyan Amrabat dijangka tidak kekal di United selepas bergelut menyesuaikan diri dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Bek kiri Sepanyol, Sergio Reguilon juga bakal meninggalkan United selepas tamat tempoh pinjamannya daripada Tottenham Hotspur.

Reguilon dibawa masuk ten Hag musim ini sebagai pemain sokongan di bahagian bek kiri. Langkah itu diambil susulan kecederaan yang menimpa Luke Shaw dan Tyrell Malacia.

Jadon Sancho juga berkemungkinan bakal meninggalkan United tetapi berpotensi untuk kekal di Old Trafford.

Advertisements

Ini selepas akhbar Daily Mirror melaporkan Ratcliffe dikatakan cuba mengendurkan ketegangan antara pemain itu dengan Ten Hag.

Beberapa pemain remaja United juga berkemungkinan dilepaskan atau dijual sebelum kontrak mereka berakhir.

Advertisements

Antara pemain muda yang berpotensi meninggalkan kelab itu ialah Shola Shoretire, Will Fish dan Joe Hugill.

News Comments Account