“Man United Sangat Perlukan Harry Maguire” – Erik Ten Hag
EPL
Manchester United
Advertisements

Pengurus Man United, Erik ten Hag mengakui pasukan itu masih memerlukan khidmat bek tengah England, Harry Maguire.

Akhbar Metro melaporkan ten Hag berkata demikian selepas mengetahui West Ham bercadang mendapatkan khidmat bek tengah berusia 31 tahun itu.

Ini kerana kontrak Maguire bersama The Red Devils kini berbaki setahun dan dijangka tamat pada akhir musim 2024/25.

Advertisements

Sebelum ini, bekas pemain pertahanan Leicester City itu dikaitkan dengan perpindahan £30 juta (RM178 juta) ke Stadium London musim ini.

Meskipun khidmat Maguire kini didambakan kelab London itu, ten Hag percaya kepimpinan beliau masih diperlukan di Old Trafford terutama di bahagian pertahanan.

“Anda perlu lihat daripada perspektif beliau. Kami amat gembira dengan Harry Maguire tetapi beliau mahu bermain (dengan lebih kerap).

Advertisements

“Beliau seorang pemimpin yang hebat, seorang pemain pertahanan yang bagus dan amat selesa bila menggunakan bola.

“Bila saya kira semua kemahiran ini, macam sekarang bila kita mempertahankan garisan pertahanan, kita ada masalah, beliau kini lebih penting mengetuai pertahanan dan membantu kita bermain dari belakang.

“Jadi, kita gembira beliau berada di situ dan kita memerlukannya untuk mendapatkan keputusan yang kita mahu dan mencapai sasaran kita,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam.

Advertisements

Dengan Victor Lindelof, Raphael Varane dan Lisandro Martinez berehat kerana masalah kecederaan, khidmat Maguire dijangka ditagih ten Hag untuk bergandingan dengan bek tengah muda, Willy Kambwala.

Gandingan mereka dijangka menerajui bahagian pertahanan United bila menentang Bournemouth awal pagi esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram