Man Utd Tewas, Andre Onana Jadi Mangsa
EPL
Chelsea
Advertisements

Kekalahan tipis Manchester United kepada Chelsea awal pagi tadi, mengundang kritikan daripada para penyokong The Red Devils yang rata-ratanya ditujukan kepada penjaga gol, Andre Onana.

Segelintir penyokong United menganggap jaringan pertama Chelsea yang dijaringkan oleh Conor Gallagher boleh diselamatkan oleh Andre Onana, namun tindak balas perlahan penjaga gol Cameroon itu menyaksikan jaringan tersebut terjadi.

“Kenapa Onana refleks dengan cara gerak perlahan?,” luah salah seorang penyokong United, Martien Ball di laman X.

Advertisements

Aksi kurang meyakinkan Onana itu menjadikan namanya trending di laman X selepas ramai penyokong United yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan aksi beliau.

Penyokong United juga berang dengan tindakan pengadil perlawanan, Jarred Gillett yang memberikan dua sepakan penalti kepada Chelsea.

Kemenangan Chelsea itu menyaksikan kedudukan mereka melonjak ke tangga kesepuluh dengan 43 mata manakala Manchester United kekal di tempat keenam dengan 48 mata.

Advertisements

Aksi liga seterusnya menyaksikan Chelsea bakal bertandang ke Bramall Lane untuk menentang Sheffield United manakala Manchester United akan berdepan ujian getir menentang pendahulu liga, Liverpool di Old Trafford pada Ahad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram