“Mana Tahu 4 Tahun Lagi Kita Layak Ke Piala Dunia” – Khuzaimi Piee
MakanBola
Azri/MakanBola
Sponsors

Pertahanan tengah Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan bahawa harapan peminat untuk melihat pasukan negara layak ke Piala Dunia masih menyinar.

Beliau yang ditemui ketika majlis pelancaran jersi Harimau Malaya 2022-2024 hari ini menjelaskan, para pemain sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali beraksi.

Ad

Malah, pertahanan kental Negeri Sembilan ini yakin perjalanan pasukan negara di bawah kendalian jurulatih, Kim Pan-gon berada pada landasan yang amat baik.

Ad

Mengulas lanjut, pemain berusia 28 tahun ini optimis dengan kemampuan para pemain dan mempunyai visi yang besar untuk layak ke Piala Dunia.

“Kita tidak boleh menjangka rezeki dan para pemain sentiasa memberikan yang terbaik.”

Ad

“Mana tahu 4 tahun lagi kita layak ke Piala Dunia,” jelasnya.

Ad

 Beliau juga mahu para pemain yang sudah pun tidak beraksi di pentas Piala Malaysia dapat mengekalkan momentum dan kecergasan sekiranya dipanggil ke Piala AFF.

Ad

Ini juga bagi memastikan pemain yang dipanggil kekal bersedia untuk beraksi dan membantu pasukan negara.

Malaysia bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan sebelum ke pentas sebenar tidak lama lagi.