Manchester United Anjur Majlis Iftar Di Old Trafford
MakanBola
Manchester United

Manchester United dengan kerjasama Kelab Penyokong Muslim Manchester United (MUSMC) menganjurkan majlis iftar di Old Trafford.

Majlis kali ini cukup berbeza kerana ia pertama kali diadakan di stadium keramat The Red Devils, Old Trafford.

Majlis ini disertai barisan ahli MUMSC dan staf kelab gergasi England itu. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Manchester United, John Shiels.

Ad

Majlis ini turut menyaksikan kehadiran pemain muda berdarah England-Russia, Amir Ibragimov. Ibragimov dilihat antara prospek terhangat United di bahagian serangan dan telah menarik minat jurulatih skuad senior, Ruben Amorim.

Ad

Penganjuran majlis ini dilihat usaha berterusan The Red Devils untuk meraikan komuniti Muslim sekitar Manchester dan mengeratkan hubungan dengan penyokong.

Sebelum ini, United turut mengadakan majlis iftar bersama pemain dan staf kelab di pusat latihan pasukan itu di Carrington pada April 2024.

Ad

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran bintang muda Ivory Coast, Amad Diallo dan pengurus United ketika itu, Erik ten Hag.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments