Manchester United Atau Spurs, Salah Satunya Akan Layak Ke UCL 2025/26
MakanBola
MUFC/THFC
Sponsors

Dua pasukan England, Manchester United dan Tottenham Hotspurs perlu berebut satu tiket untuk bermain di UEFA Champions League (UCL) pada musim hadapan.

United serta Spurs ketika ini sedang meraikan kejayaan layak ke final UEFA Europa League setelah menyingkirkan pasukan lawan masing-masing di separuh akhir pada pagi Jumaat.

Ad
Sponsors

Dengan bekalan selesa 3 jaringan, United di bawah kendalian Ruben Amorim melayani kunjungan Athletic Bilbao di laman sendiri dan beraksi garang untuk menang dengan agregat 7-1.

Ad

Mason Mount, Casemiro dan juga Rasmus Hojlund melakar nama selaku penjaring untuk membawa Manchester United ke aksi final UEL setelah kali terakhir pada musim 2020-2021 yang lalu.

Manakala, Spurs menepati ramalan apabila turut melangkah ke perlawanan akhir UEL musim ini setelah menumbangkan kelab dari Norway, Bodo/Glimt 5-1 secara agregat di tempat lawan.

Ad

Kelab dari London ini akan beraksi di final UEL buat kali ke-3 dalam sejarah kelab yang juga kali pertama selepas 41 tahun sekaligus berpeluang menamatkan kemarau panjang Spurs kali ini.

Ad

Meskipun kedua-dua kelab tidak beraksi baik dalam saingan EPL musim ini, namun final ini adalah peluang terbaik untuk United dan juga Spurs menutup musim dengan meraih trofi di peringkat Eropah.

Ad

Malah, juara UEL akan memastikan satu tiket untuk layak ke UCL pada musim hadapan ketika mana United serta Spurs sudah pasti terlepas slot untuk muncul 4 pasukan terbaik di EPL musim ini.

Aksi final UEL akan berlangsung pada 22 Mei hadapan di San Mames Stadium, Sepanyol.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments