Advertising
Manchester United Bakal Bawa Masuk Diego León
MakanBola
Club Cerro Porteno

Bek kiri Paraguay, Diego Leon bakal menjadi pemain pertama yang dibawa Manchester United dalam era Ruben Amorim.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano melaporkan United telah mencapai persetujuan lisan dengan kelab Leon, Cerro Porteno untuk mendapatkan khidmatnya.

Ad

The Red Devils bakal membayar yuran perpindahan sebanyak AS$4 juta (RM17.8 juta) dan klausa tambahan sebanyak AS$1 juta (RM4.45 juta).

Ad

Cerro Porteno juga berpotensi menerima AS$3.5 juta (RM15.75 juta) bergantung kepada prestasi Leon atau United. Leon hanya akan tiba di Old Trafford pada Julai 2025.

Bek kiri berusia 17 tahun itu dilihat pengganti jangka panjang buat bek kiri England, Luke Shaw. Ini disebabkan Shaw kerap mengalami kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ad

Leon dijangka bersaing dengan bek kiri Belanda, Tyrell Malacia. Malacia mula membina semula tahap kecergasannya selepas pulih daripada kecederaan jangka panjang.

Ad

Pemilihan Leon dilihat bertepatan dengan falsafah Amorim untuk memperkenalkan lebih ramai pemain muda berbakat di Old Trafford, sama seperti yang dilakukannya di Sporting Lisbon.

Ad