Manchester United berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan penjaga gol utama mereka, Andre Onana sekitar Januari dan Februari tahun depan.
Ini selepas penjaga gol Cameroon itu telah mengumumkan keluar dari persaraan dan bersedia membantu negara itu mendepani Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2024.
Sportbible melaporkan Onana dijangka terlepas empat perlawanan EPL iaitu Tottenham Hotspur (13 Januari 2024), Wolverhampton Wanderers (31 Januari 2024), West Ham United (3 Februari 2024) dan Aston Villa (10 Februari 2024).
Selain itu, bekas penjaga gol Ajax Amsterdam itu dijangka terlepas aksi timbal balik separuh akhir Piala EFL sekiranya United berjaya mara dan pusingan keempat The FA Cup.
Onana juga dijangka terlepas beraksi dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan perlawanan pusingan itu bermula selepas tamat AFCON.
Ini akan mendorong pengurus Erik ten Hag memanfaatkan dua penjaga gol sokongan, Altay Bayindir dan Tom Heaton sepanjang AFCON berlangsung.
Onana merupakan pengganti penjaga gol utama sebelumnya, David de Gea. Beliau dibawa dari Inter Milan ke Old Trafford musim ini dengan yuran perpindahan £47.2 juta (RM275 juta).