Manchester United Belasah Athletic Bilbao, Sebelah Kaki Di Final UEL
MakanBola
MUFC/Athletic Club
Sponsors

Manchester United kini semakin hampir ke final UEFA Europa League (UEL) setelah tampil cemerlang menewaskan Athletic Bilbao dalam aksi separuh akhir pertama.

Pertembungan separuh akhir ini menjadi tumpuan dengan Manchester United diramal bakal berdepan tugas berat di tempat lawan tatkala Athletic Bilbao hanya tumbang sekali dalam 10 aksi terakhir.

Ad

Gandingan adik-beradik, Inaki dan Nico Williams bakal jadi senjata Athletic Bilbao untuk memburu jaringan sementara trio Maguire, Lindelof dan Yoro membentuk bek ampuh buat Manchester United.

Ad

Alejandro Garnacho meletakkan United 1-0 di hadapan pada minit ke-4 namun jaringan pemain sayap Argentina tersebut dibatalkan oleh penjaga garisan atas dakwaan kedudukannya yang ofsaid.

Ad

Jaringan pertama akhirnya tiba menerusi tandukan Casemiro pada minit ke-30 permainan setelah tonggak United itu yang tidak dikawal mudah menyambut hantaran Manuel Ugarte di kiri gawang.

Ad

Suasana hangat seketika apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat United setelah Rasmus Hojlund telah ditarik oleh ketua pasukan Bilbao, Daniel Vivian di hadapan pintu gol.

Ad

Hal ini memaksa pengadil melayangkan kad merah kepada pertahanan Bilbao itu dan Bruno Fernandes tidak berdepan masalah bagi menyudahkan sepakan penalti itu pada minit ke-37.

Sebelum rehat, Bruno Fernandes sekali lagi melakar nama selaku penjaring dengan gol ke-3 United setelah melepasi kawalan bek Bilbao sebelum mengatasi penjaga gol, Julen Agirrezabala.

4 minit masa tambahan di babak pertama tidak mengubah keputusan semasa, Athletic Bilbao 0-3 Manchester United.

Kembali dari bilik persalinan, kelebihan seorang pemain jelas memberi satu tonik tambahan kepada United manakala tuan rumah dipaksa bekerja keras untuk mempertahan pintu gol mereka.

Ruben Amorim membuat pertukaran penting dalam usaha untuk mencari lebih banyak bekalan selesa di laman lawan namun Athletic Bilbao berjaya mengekang asakan The Red Devils.

Aksi di San Mames berakhir dengan keputusan 3-0 memihak Manchester United.

Dengan ini, Manchester United membawa bekalan 3 jaringan menjelang perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Old Trafford pada 9 Mei hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments