Ads
Transfer
@KentraHagatra

Selepas melepaskan penjaga gol David de Gea, ramai penyokong Manchester United ingin tahu siapa calon penjaga gol utama Red Devils selepas ini. Pasukan yang dibimbing Erik ten Hag itu memilih pendekatan lain dari yang lain dengan memburu penjaga gol Urawa Red Diamonds, Zion Suzuki.

Advertisements

Menurut laporan akhbar Sponichi, United menghantar bidaan formal berjumlah £5 juta (RM29 juta) untuk Suzuki. Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, ia akan menjadi perpindahan termahal dalam sejarah J1 League.

Advertisements

Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh penyerang Jepun, Kyogo Furuhashi. Perpindahannya ke Celtic pada 2021 menyaksikan nilai perpindahan berjumlah £4.5 juta (RM26 juta).

Advertisements

Advertisements

Suzuki, 20, belum lagi dipanggil menyertai skuad senior Jepun tetapi sudah mewakili Negara Matahari Terbit itu di peringkat skuad remaja.

Menariknya, penjaga gol ini boleh memilih sama ada mewakili Amerika Syarikat, Jepun atau Ghana di peringkat senior. Ini kerana beliau mempunyai kerakyatan dari tiga negara yang dinyatakan.

Advertisements
Advertisements

Ketika ini, Suzuki hanya merekodkan lima penampilan dalam kejohanan piala. Ini disebabkan jurulatih Maciej Skorza memberi kepercayaan kepada Shusaku Nishikawa sebagai penjaga gol utama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram