Manchester United kini memburu penyerang Iran, Mehdi Taremi yang sedang bermain buat Porto FC bagi jendela perpindahan Januari nanti.
United mahu memperkuatkan jentera serangan yang kini bergantung kepada Rasmus Hojlund dan Anthony Martial dibahagian penyerang tengah.
Mehdi Taremi yang berumur 31 tahun dikhabarkan bernilai £8.7 juta jika United benar-benar mahu mendapatkan khidmat pemain ini.
Taremi telah bermain sebanyak 15 perlawanan buat Porto dalam musim ini dan berjaya meledak 3 gol serta mencatat 3 bantuan jaringan.
Malah menurut Manchester Evening News, kelibat ejen Taremi telah dikesan berada di Old Trafford beberapa hari yang lalu.
Mehdi Taremi telah melakukan 73 penampilan buat Iran dan berjaya menjaringkan 39 gol serta mencatat 16 bantuan jaringan.
Taremi juga pernah menjaringkan 2 gol menentang England disebalik kekalahan besar 6-2 Iran kepada England dalam kejohanan Piala Dunia Qatar yang lalu.
Kehadiran Taremi pastinya akan menajamkan lagi bahagian serangan United dalam memburu jaringan gol sekiranya perpindahan penyerang Iran ini benar-benar berlaku.