Manchester United Dibelasah Kelab Kerdil Tanpa Belas
MakanBola
Imago
Sponsors

Pausukan ternama England, Manchester United telah dimalukan oleh kelab kerdil, Bolton Wanderers dengan keputusan 8-1. Kekalahan memalukan itu telah menimpa pasukan United Bawah 21 tahun dalam saingan Piala EFL.

Kemenangan 8-1 ke atas Manchester United ini adalah kemenangan terbesar buat kelab itu dalam tempoh 40 tahun. Bolton menyumbat empat gol di separuh masa pertama dan empat gol lagi pada separuh masa kedua.

Ad

Gol saguhati Manchester United dijaringkan oleh Omari Forson pada minit ke-67. Walaupun tewas dengan jaringan yang besar, itu bukan pengakhiran buat skuad muda United kerana masih lagi berbaki satu perlawanan untuk layak ke peringkat seterusnya.

Ad

United kini berada di tangga kedua kumpulan E Piala EFL dengan mengumpul dua mata selepas tiga perlawanan. Perlawanan terakhir mereka adalah menentang Salford City FC yang dijadualkan berlangsung pada 1 November depan.

Ad

Musim ini bukanlah musim yang terbaik buat skuad United B-21 apabila melalui saingan Liga Perdana Inggeris 2 dengan agak teruk. Dalam saingan liga, mereka kini berada di kedudukan ke-16 daripada 26 pasukan yang bersaing.

Ad