Manchester United Finalis UEL, Kenduri Gol Tumbangkan Athletic Bilbao
MakanBola
Manchester United FC
Sponsors

Kelab gergasi England, Manchester United menempah tiket ke final UEFA Europa League (UEL) setelah cemerlang atasi wakil Sepanyol, Athletic Bilbao.

Pertemuan epik di Old Trafford ini dinantikan peminat untuk menyaksikan satu pasukan ke final UEL dengan Manchester United ketika ini memilik kelebihan agregat besar mengatasi Athletic Bilbao.

Ad
Sponsors

Alejandro Garnacho serta Bruno Fernandes menjadi pilihan Manchester United untuk membantu Hojlund di bahagian serangan manakala Athletic Bilbao bermain tanpa Nico dan Inaki Williams.

Ad

Satu jaringan berjaya dihasilkan pada aksi di babak pertama dengan pemain tengah Bilbao, Mikel Jauregizar melepaskan satu percubaan jarak jauh yang mengatasi Onana untuk gol pembukaan pelawat.

Ad

Seakan tersentak, United berusaha bagi melancarkan asakan ke arah kubu Bilbao namun beberapa peluang terhidang tak berjaya disudahkan oleh pemain tuan rumah untuk skor kekal sehingga rehat.

Ad

Separuh masa pertama, Manchester United 0-1 Athletic Bilbao.

Ad

Kembali dari rehat, usaha keras United bagi menjaringkan gol penyamaan akhirnya membuahkan hasil jua menerusi Mason Mount pada minit ke-72 berpunca rembatan dari dalam kotak penalti lawan.

7 minit berselang, Casemiro menggandakan kelebihan buat tuan rumah dengan jaringan kedua apabila tonggak tengah Brazil ini menanduk masuk sepakan percuma ketua pasukan, Bruno Fernandes.

Jaringan ke-3 untuk United berjaya dihasilkan pada minit ke-85 ketika mana penyerang, Rasmus Hojlund menampan bola ke gawang Bilbao dengan mudah tanpa dikawal oleh pemain pasukan lawan.

Mason Mount melengkapkan malam penuh gemilang United dengan gol ke-4 di penghujung aksi setelah memanfaatkan kesilapan penjaga gol Bilbao sekaligus mencipta jaringan ke-2 peribadi.

Aksi di Old Trafford berakhir dengan keputusan 4-1 memihak Manchester United yang membawa The Red Devils ke aksi final untuk berdepan Tottenham Hotspurs yang menewaskan Bodo/Glimt.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments