Manchester United Gugurkan Nama Andre Onana Lawan Newcastle
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Manchester United mengambil langkah merehatkan penjaga gol utama mereka dari Cameroon, Andre Onana.

Akhbar Daily Mail melaporkan pengurus United, Ruben Amorim berbuat demikian bukan saja untuk meredakan tekanan yang dihadapi penjaga gol berusia 29 tahun itu.

Ad

Malah, beliau melihat ini peluang Onana untuk bersama keluarga dan kembali fokus di atas padang.

Ad

Selain berdepan prestasi kurang memberangsangkan dalam dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa UEFA (UEL), isteri Onana turut menjadi mangsa rompakan baru-baru ini.

Isteri bekas penjaga gol Inter Milan itu, Melanie Kamayou dirompak selepas keluar dari kereta di Alderley Edge. Beliau kehilangan jam jenama Rolex dan beg Hermes bernilai £62,000 (RM358,000).

Ad

Susulan itu, keluarga Onana mendapat perlindungan keselamatan 24 jam. Situasi tersebut tidak menghalang beliau daripada terus beraksi bersama United.

Ad

Walau bagaimanapun, semua itu berubah apabila Onana dilabel penjaga gol terburuk The Red Devils oleh bekas pemain tengah Serbia, Nemanja Matic.

Ad

Perang mulut dua figura itu berterusan apabila penjaga gol Cameroon itu memaklumkan beliau sudah meraih trofi bersama United. Perang mulut mereka menghangatkan aksi suku akhir pertama UEL antara United dan Olympique Lyon pada 11 April itu.

Dua kesilapan berprofil tinggi Onana mengakibatkan The Red Devils diikat 2-2 dengan Lyon. Ini membawa kepada keputusan Amorim untuk merehatkan beliau untuk aksi menentang Newcastle United.

Ini membuka ruang buat Altay Bayindir membuat kemunculan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tiba dari Fenerbahce pada musim 2023/24.

Onana bukan satu-satunya figura yang tiada untuk aksi The Magpies dan The Red Devils. Pengurus Newcastle, Eddie Howe juga terpaksa melupakan aksi ini selepas merasa kurang sihat.

Howe kini berada di hospital untuk menerima rawatan. Tanggungjawab memimpin Newcastle untuk aksi ini bakal digalas pembantu jurulatih, Jason Tindall dan Graeme Jones.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments