Manchester United Jadikan Ryan Bakery Sebagai ‘Pelaris’
Dunia
RyanBakery/ManchesterUnited
Advertisements

Karya pencipta kandungan kreatif terkenal, Ryan Bakery sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila konten yang dimuatnaiknya tersebar hingga ke bumi Eropah.

Suara latar dalam video yang memaparkan budak sekolah menunjukkan skil di hadapan kawan-kawannya telah digunakan Manchester United untuk memuat naik satu video di laman rasmi media sosial, Tiktok mereka. 

Manchester United menggunakan suara latar Ryan Bakery dalam meraikan jaringan yang dihasilkan Jadon Sancho ketika bertemu Liverpool kelmarin.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut, Sancho membuka akaun jaringan pada minit ke-16 permainan dengan satu ledakan tenang di dalam kotak penalti. Jaringan Sancho tersebut telah membantu Manchester United membenam Liverpool, 2-1.

Video yang dipaparkan Manchester United itu telah dimuatnaik dengan caption “Smart woo, Sancho.”

Advertisements

Hantaran itu akhirnya telah mendapat respon daripada pemilik suara asal, Ryan Bakery yang turut meninggalkan komen “Smart Woo 😂.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram