Manchester United Lanjut Kontrak Juan Mata
MakanBola
Juan Mata

Kelab gergasi England, Manchester United dengan rasminya mengumumkan bahawa Juan Mata telah bersetuju untuk lanjutan kontrak 1 tahun yang mengekalkannya di Old Trafford sehingga Jun 2022.

View this post on Instagram

A post shared by Manchester United (@manchesterunited)

Pemain berusia 33 tahun itu melengkapkan perpindahan dari Chelsea pada Januari 2014. Beliau telah membuat 273 penampilan dan berjaya menjaringkan 51 gol untuk Red Devils.

View this post on Instagram

A post shared by Juan Mata (@juanmatagarcia)

Mata telah menjadi salah satu pemain senior yang penting di bawah kendalian Ole Gunna Solkjaer dalam menjaga ekosistem perkembangan pemain muda di United.

Foto: JuanMata8.com