Manchester United Mahu De Gea Kembali
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Desas-desus kepulangan David De Gea ke Manchester United mula kedengaran setelah United bakal kehilangan khidmat Onana selama sebulan lebih.

Ini berikutan kembalinya Onana menyertai pasukan kebangsaan Cameroon untuk kejohanan Piala Negara-Negara Afrika bermula Januari tahun hadapan.

Ad

Menurut laporan The Sun, United menghubungi kembali De Gea untuk mengisi kekosongan sementara yang ditinggalkan Onana dengan tawaran kontrak jangka pendek.

Ad

Onana dijangka akan terlepas sebanyak 8 perlawanan bersama United bermula awal Januari sehingga pertengahan Februari dan antara pasukan yang bakal mereka tentang ialah Tottenham Hotspur, Wolves, West Ham dan Aston Villa.

Penjaga gol baharu United, Altay Bayindir dan Tom Heaton pula dilihat sebagai penjaga gol sokongan ketika ini dibawah kendalian Erik Ten Hag.

Ad

De Gea masih bergelar ejen bebas dan boleh ditanda tangan secara percuma buat masa ini.

Ad

Malah sebelum ini De Gea dilihat menghabiskan masa bersama beberapa pemain United seperti Bruno Fernandes, Victor Lindelof, Raphael Varane dan Tom Heaton.

United melepaskan De Gea pada permulaan musim secara percuma setelah 12 tahun bersama kelab tersebut dan bertindak mendapatkan Andre Onana selaku penjaga gol baharu.

Onana kini telah dibolosi sebanyak 20 kali dalam 13 perlawanan dan berjaya mencatat 4 cleansheet setakat ini.