Manchester United Sah Lepaskan Prospek Muda Kepada Aston Villa
MakanBola
Instagram- avfcofficial
Sponsors

Aston Villa sah menandatangani seorang pemain pertahanan Manchester United, Axel Tuanzebe secara pinjaman pada musim panas kali ini sehingga Jun 2022. 

Menurut Football Insider, sebelum ini Newcastle United dan Aston Villa dalam perlumbaan menandatangani Tuanzebe selepas perbincangan yang telah diadakan. 

Ad

Aston Villa baru baru ini juga telah melepaskan bintang beliau iaitu Jack Grealish dengan tanda harga 110 juta. Ia dilihat satu kehilangan besar bagi peminat Aston Villa itu sendiri. 

Dengan kehadiran Axel Tuanzebe akan dapat banyak membantu memperkuatkan jentera pertahanan Aston Villa pada musim hadapan.

Ad

Axel Tuanzebe merupakan produk keluaran akademi Red Devils yang digilap prestasinya dari peringkat akademi hingga ke tahap professional kini selepas beliau banyak diberikan peluang bermain di peringkat yang tinggi.

Ad

Pemain berusia 23 tahun itu telah berjaya melakukan sembilan penampilan bersama Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu, sementara tiga kali beliau tampil dalam kempen Liga Europa. 

Berdasarkan MUTV, sebelum ini juga Manchester United memang sudah bersiap sedia untuk menawarkan kontrak panjang kepada Axel Tuanzebe sebelum dia dipinjamkan ke kelab lain.  

Perpindahan ke Aston Villa bakal dilihat seakan “Reunion” kembali bersama bekas kelabnya pada tahun 2018 secara pinjaman.

Dengan kehadiran Varane yang disahkan oleh Manchester United baru baru ini, Tuanzebe akan berkelana ke The Villains untuk mencari lebih banyak minit permainan dan pengalaman. 

Semoga Maju Jaya Anak Muda!