Mano Polking Bakal Ke Liga Super Malaysia?
Liga Super
Changsuek
Advertisements

Bekas pengendali Thailand, Mano Polking kini dikaitkan dengan sebuah pasukan gergasi Liga Super.

Nama Mano Polking dikatakan menjadi calon utama bagi sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang. Menurut wartawan MakanBola, Syafiq Freman nama Mano telah diusulkan sebagai Ketua Jurulatih baru bagi kelab Liga Super berkenaan.

Melihat kepada situasi semasa, Selangor dilihat sebagai pasukan yang berpotensi untuk Mano Polking. Ada kemungkinan beliau ke Selangor selepas Naib Juara Liga Super itu kehilangan ketua jurulatih apanila Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan.

Advertisements

Mano Polking dilihat sebagai calon terbaik bagi menggantikan pengendali terdahulu, selepas Cheng Hoe memilih untuk berhijrah ke pasukan dari Liga Thai, Police Tero selepas mencapai kata sepakat untuk meninggalkan Selangor.

Selain itu, KL City juga boleh jadi antara destinasi pilihan buat Mano Polking. Ini kerana sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard menyatakan bahawa pasukan itu belum lagi memutuskan ketua jurulatih untuk musim ini.

Nama Mano Polking juga tidak lagi asing dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak di Malaysia. Beliau berjaya menempa nama di Asia Tenggara ketika mengendalikan skuad Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram