Marc Klok Kecewa, Padang & Fasiliti Di Indonesia Teruk
MakanBola
Persib Bandung
Sponsors

Pemain tengah Indonesia, Marc Klok tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya tentang mutu padang dan kemudahan sukan di Indonesia.

Luahan itu dinyatakan pemain tengah berusia 31 tahun itu menerusi satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini.

Ad
Sponsors

Bekas pemain tengah Ross County itu merasakan mutu padang dan kemudahan sukan di negara itu kurang memuaskan. Hal ini berdasarkan pengamatannya setiap kali turun berlatih untuk pasukannya, Persib Bandung.

Ad

Klok merasakan jika isu ini tidak ditangani dengan segera, ini akan menjejaskan pembangunan akar umbi bola sepak Indonesia. Ini kerana padang merupakan isu asas dan patut diberi perhatian jika Indonesia ingin melahirkan lebih ramai bintang baru.

GZX rRdasAQEE F Marc Klok Kecewa, Padang & Fasiliti Di Indonesia Teruk

“Jika inilah kemudahan untuk sebuah pasukan senior yang beraksi pada tahap tertinggi di Indonesia, saya tak boleh bayangkan padang dan kemudahan untuk pemain muda. Untuk generasi seterusnya.

Ad

“Bagaimana kita mahu menghasilkan pemain-pemain terbaik tempatan di Indonesia? Jika kita tidak memberi alat dan kemudahan yang diperlukan untuk membangunkan kemahiran mereka?” katanya.

Ad

Klok sudah mewakili Indonesia sebanyak 19 kali di peringkat antarabangsa dan telah menjaringkan empat gol. Selepas menyertai Persib pada 2021, beliau membantu pasukan itu muncul juara Liga 1 Indonesia musim 2023/24.

Ad

Selain Ross County, Klok juga pernah mewakili PSM Makassar, Utrecht, Cherno More, Oldham Athletic, Dundee dan Persija Jakarta.