Advertisements
Marc Klok: Vietnam Sedang ‘Ketar-Ketir’
Asia Tenggara
MakanBola
Timnas.Indonesia

Pemain tengah naturalisasi Indonesia, Marc Klok mengatakan pasukan Vietnam sedang ‘Ketar-Ketir’ dengan perubahan positif yang dipamerkan pasukan Indonesia sejal kebelakangan ini.

Sebelum ini, tular satu kenyataan yang mencetuskan kontroversi yang mana pemain tengah Vietnam, Do Duy Manh mengatakan berdepan dengan Indonesia seperti bertemu dengan pasukan Belanda.

Do Duy Manh menjelaskan ini kerana pasukan Vietnam tidak selesa untuk berdepan Indonesia yang baharu dengan kehadiran ramai pemain warisan yang pernah beraksi di luar negara.

“Mungkin sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Vietnam hanya bermain dengan pemain kelahiran Indonesia. Kini mereka takut apabila melihat Indonesia mempunyai banyak perbezaan,” katanya.

Klok merupakan salah seorang daripada 11 pemain naturalisasi Indonesia yang dipanggil kali ini, bersama pertahanan Jordi Amat, Sandy Walsh, Justin Hubner, Jay Idzes, Nathan Tjoe Aon, pemain tengah Thom Haye, Ivar Jenner, penyerang Rafael Struick dan Ragnar Oratmagoen, Haye dan Oratmagoen.

“Kami mesti berusaha sedaya upaya untuk terus menang menentang Vietnam,” ujarnya.

“Vietnam pastinya tidak gembira dengan kekalahan itu, tetapi kami perlu menunjukkan kepada mereka siapa pasukan yang mempunyai prestasi terbaik di atas padang.”